Saturday, October 20, 2012

Kau sahabat, Kau teman sejati

Tulang belakang berkali bergetar menandakan ikatan padu digoncang taufan
Namun sekuat mana dipukul kencang, tetap utuh megah berdiri
Mereka mula mempersoalkan ceruk mana hadirnya ribut
Jari menunding sorok silap diri,
Malu mengaku silap sendiri, pintu aib perlahan ditutup rapi
Tiada niat melaga sesama sendiri cuma pinta sedikit ruang untuk sama-sama muhasabah diri
Berjanji untuk sama-sama perbaiki laku diri agar kelak tiada ruang pemisah antara kami
Istilah 'kita nak berkawan lama' ibarat sumpahan dari hati
Sama-sama berebut untuk tidak temakan dek sumpah
Tapi..
Kadang rasa kecil hati malah timbul rasa kecewa tatkala kawan sendiri mula menghentam dari belakang.
Tapi sabar itu indah bukan ?
Diam dan berfikir salah sendiri cerminkan tindakan yang lebih arif
Bisikan syaitan yang mula menghasut wujudkan peperangan sesama mereka ku rejam kejam
Akal mula berfikir secara rasional.
Aku tidak perlu jatuh disebabkan bualan mulut orang
Malah untuk apa aku hidup kalau kata orang aku jadikan panduan semata ?
Dengan niat tidak mahu mencalarkan kepingan hati yang lain, diri lebih rela memakan hati
Memendam rasa kacau-bilau, menelan segala umpatan keji
Benar-benar pahit. Macam cilaka rasanya ditelan mentah-mentah
Ingin bersuara takut tampak biadap
Ingin bermasam muka risau dikata sempit akal
Bodoh sendiri memilih jalan bermuka-muka
Takut benar meluahkan rahsia hati, risau bersedih kemudian nanti
Bukan angkuh tidak pula sombong untuk mengata yang diri lebih rela diluakai dari melukai
Sudah sekian lama perkara ini dirahsiakan
Hati mula akur untuk melupakan segala, tunduk menghadapi liku hidup sebenar
Secara jujurnya mencintai hubungan akrab ini
Mengharap kembali suci seperti seawal pertemuan
Alangkah indah jika hubungan ini tidak berpenghujung
Mohon jangan wujud musuh di kalangan kita.