Sunday, May 12, 2013

Fotokopi maksud tersirat

SUNDAY, MARCH 7, 2010

"  Sampai Seru.

Sudah tiba masanya untuk aku membuang segala nafsu yang
menguasai diri. Sedikit demi sedikit sudah berjaya aku pertingkatkan
ibadat kepadanya. Insyaallah akan berhasil.

Aku dapat rumuskan segala terletak pada diri sendiri iaitu
samada
mampu mengawal nafsu ataupun sebaliknya. Mungkin selama ini nafsu
syaitan berjaya menusuk dihati disebabkan persekitaran lampau yang
agak sukar untuk ditafsirkan. 

Coming future. "
 -Tuil kecemasan

Bahasanya indah, maksudnya BENAR & coretannya baik tapi sayang sudah lama pencen.







Friday, May 10, 2013

Biar lupus tanpa kesudahan

Aku rindu kau.
Aku rindu kita yang dulu.
Aku tak tau kenapa dan aku tak faham.
Apa yang aku nak sendiri, aku tak tau.
Sebab keliru dengan permainan kau. Strategi apa ini ?
Aku tak faham. Binggung.
Lantas. Aku diam. Betul-betul diam.
Persis si bisu yang tidak berkata-kata.
Tapi bisu ini hanya di mulut. 
Hati ini masih kuat ronta berbicara.
Aku rasa bodoh sebab dapat rasa semua ni.
Kadang tu rasa malu pun ada. Sebab apa ya ?
Sebab kau sebahagian dari kucar kacir ni.
Aku benci kau ! benci ! benci ! benci !
Suatu ketika tragedi hitam berlaku dulu, masih ingat bukan ?
Hari yang sama aku cungkil tatu cinta yang tertanam dalam hati ini . 
Memang sakit. Kau tak rasa. Diorang pun tak rasa. Aku hadap sorang.
Aku remukkan cinta tu lalu aku lemparkan ia jauh ke tengah laut.
Biar padan muka aku. Biar padan muka kau. Biar padan muka kita.
Puas hati aku.
Lepas dari tu aku tenang tapi tak lama. 
Senang tapi kosong di dalam.
Apa tu ? Tiada makna.
Entah macam mana, kita kembali semula.
Peluang demi peluang.
Helaian baru asyik di rayu. Kesal pun tak guna.
Makin kasihan. Aku jatuh dengan pujuk rayu.
Hmm.. Jangan salahkan benteng kalau pertahanan sendiri yang lemah. 
Silap pasang langkah.
Jatuh terjerumus sekali lagi. Kecundang. Kalah teruk.
Tapi nak kata apa ? Kelu.
Kini aku terikat. Terlalu kuat. Ketat sampai tidak dapat berganjak walau sedikit.
Bebas ? Apa itu ? Tak faham. Tak rasa.
Kini aku kabur dengan maksud sebenar CINTA.
Maka penjajahan berlaku.
Hei ! Ini bukan aku la ! Bukan hidup aku ! Dulu aku tak seperti ini. Ini bukan caraku !
Aku tidak dilahirkan begini dan aku tidak biasa cara ini !
Ahh.. cakap-cakap itu hanya sia-sia. Dibangkang. Ditengking, Diugut. Diam kembali.
Makin hari makin bersabar.
Makin hari makin tercalar. 
Makin hari makin berkasar.
Makin hari makin berkuasa. 
Makin hari semuanya nampak dusta. 
Makin hari perlu kerap bersumpah.
Makin hari kepercayaan pudar. 
Dan makin hari itu jugaklah rasa cinta itu ibarat dipijak-pijak.
Mana letak haganya ? Oh tiada nilaikah ? 
Nasihat tidak diendah dikatanya pula biadap. Takut perkara buruk jadi, langkah mudah aku jadi hipokrit.
Hmm. biarlah aku tipu hati sendiri. Janji hati kau terjaga rapi.
Muak tapi perlu sabar. Sumpah jelik dengan kerenah tu.
Tapi siapa aku nak libas kau ? Siapa aku nak naik pijak kau ?
Sanggup aku buat macam tu ? kau lebih kenal aku. Kau patut nilai aku.
Ini tak. Kau tau aku dengar kata, kau tunjuk belang. Kau bidas aku teruk.
Aku dengan keputusan untuk berundur. Bawa haluan. Tidak mahu terpesong.
Alhamdulillah Aku kini tenang. Ini yang aku cari. 
Ini hidup aku yang dulu. Ini yang aku mahukan. Dan ini jugaklah yang aku impikan.
Bukan riak, hanya menyatakan diri ini benar-benar tenang tanpa kau disisi.
Ibarat dapat semula kaki yang telah lama kau rampas.
Ibarat dapat semula keadilan yang kau curi !
Dan kini aku dapat semula hidup lama tu.
Itu baru betul cinta. Itu baru betul hidup. Itu baru betul tenang.
Alhamdulillah. Syukur Ya Allah.







Saturday, May 4, 2013

Padam sampai bersih. Biar kosong ruang itu.

Terlampau banyak rahsia yang dipendam.
Terlampau banyak juga rahsia yang disorokkan.
Haih..kadang-kadang rasa terlampau berdosa.
Kadang tu pula rasa terlalu berpura.
Manakan tidak, banyak sungguh hati yang perlu dijaga.
Alangkah bagusnya kalau dapat buang semua masalah dari kepala otak ini.
Ibarat memikul batu dikepala. Mengusung beban kesana kemari.
Macam tu nak hidup ?
Makin hari makin banyak urat kepala yang timbul,
Makin mula bertambah bilangan rambut yang gugur,
Itu bukti bahagia ?
Derita. Sengsara.
Makin banyak hari pada kalender dipotong, makin hati seolah-olah tidak terjaga lagi.
Mungkin benar jasad boleh meluahkan segala,
tapi tahukan yang jasad medium utama untukku berpura ?
Berlagak gembira, kononnya bahagia.
Habistu hati yang remuk berkecai di dalam bagaimana ?
Siapa mahu jaga ? Siapa mahu ambil tahu ?
Ada yang sudi merawatnya ? Ada ? Ada ? Ada ? Nah...takda kan ?
Aku dah agak.
Balik-balik aku juga yang merasa seorang.

Saturday, February 16, 2013

Upacara Persemadian

Andai dulu aku pernah berapa kali buka langkah kecil untuk pergi dari hidup kau, malam ini aku buktikan yang aku boleh buka langkah besar dan terus pecut lari ke depan tanpa toleh tengok kau di belakang.

Tuesday, February 12, 2013

Ketagihkan suasana bahagia macam dulu. Mana nak dapat ? Mana nak cari ? Mana nak ambil ? Semua hilang lenyap terus. Ye, sakit macam lahabau. Perit macam cilaka.






Friday, January 25, 2013

Hiba

Komander gagah sudah lesap. Mati dalam bayangan. Mati dalam jiwaku. Kini dia melangkah pergi terlalu jauh tanpa mahu berpatah balik. Aku serahkan semuanya kepada Tuhan agar suatu hari nanti tanda tanya bakal terurai sendiri.

Friday, December 28, 2012

Kembara Berhenti Disini

Berbekalkan M16 dengan 1000 butir peluru aku masih disini
Walau hanya 3 butir yang tinggal, aku gagahkan diri untuk teruskan sisa sisa yang tinggal
Kembara yang pada mulanya takut untuk aku lalui , nah.. inilah hasilnya.

Bangkit dari koma, minda ligat menyusun semula data
membantuku untuk sama sama perbaiki keadaan.
Masihku ingat misi bermula pada April lalu
Kembara yang penuh ranjau tentu sekali banyak cabaran
Pada mulanya aku benar benar takut dan tidak yakin pada diri sendiri
Ahh.. sampai bila untuk bergantung harap ?

Permainan kali ini disusun teliti, caranya mudah.
Dilepaskan ditengah hutan tebal, usaha sendiri untuk terus hidup dan cari jalan keluar
Untungnya permainan ini ditemani komander gagah setiap seorang
Untuk melindungi kami lebih dari kuasa mampu diri
Bertuah badan ditemani komender sehebatnya
Walau saiz bukan terlalu besar, riak mukanya membuktikan kesungguhannya
Tidak banyak bercakap, berkali pintaku serius
Janggal pada permulaanya antara yang manis tersemat dalam jiwa.

Kembara menjadi lebih menarik apabila setiap yang datang kami tempuh bersama
Walau dimarahi sepanjang perjalanan, aku masih mahu mengekorinya
Kerana hanya dia tempatku bergantung.
Aku sedar ada betulnya kata dia
Hanya menjalankan tugas untuk melindungiku tetapi kadang seperti tidakku endahkan.
Setiap kesulitan kami hadapi bersama
Hanya dia sahaja heroku, penemanku, penyelamatku
Tempuh siang malam semuanya bersama, hanya berdua.
Hati wanitaku goyah tatkala melihat semangatnya menumbangkan setiap penghuni hutan yang menganggap kami sebagai musuh
Sejak dari mula kembara, satu per satu ditumbangkannya
Tidak beri peluang setiap yang datang disapu bersih
Gagah berani itu yang dapat aku simpulkan.

Tidak lokek untuk berkongsi ilmu hidup, minta aku belajar berdikari
Berjuta keringat, puluhan nasihat yang aku terima ketika bersamanya
Tidak gusar untuk katakan hati sudah tertambat
Bukan dek darah kepahlawanan yang mengalir ditubuhnya tapi dek kejujuran pada dirinya
Setiap kata dan perbuatanya seperti benar belaka
Tuhan maha kaya, rupanya tidakku bertepuk sebelah tangan
Tuhan maha adil, kini kembaraku menjadi indah walau masih kelam mencari jalan keluar
Walau dikelilingi puluhan ribu binatang liar
Dengan adanya dia disisi bagai selamat bagiku.

Sedar tak sedar kembara kami menjangkaui 8 bulan
Jatuh bangun bersama menempuhi saat sukar berdua jadi adegan terbaik
Rasanya perjalanan bakal tamat
Katanya barangkali sudah dekat benar jalan keluar
Aku gembira, benar gembira
Sudah tidak larat rasanya untuk terus mendiami hutan tebal itu
Dengan diri tidak terurus,
Keadaan terumbang ambing, dia masih setia menemaniku disisi
Kami teruskan berjalan dan berjalan tanpa kenal erti putus asa.

Tapi tak semua yang kita rancang menjadi
Tuhan maha bijaksana, dia yang mengatur segalanya
Suatu pagi bangkit sahaja dari tidur
Dia tiada disisi. Aku hairan.
Sekeping nota berbaur "teruskan. sudah hampir benar. bila sudah yakin saya boleh bawa diri, saya akan cari awak. saya akan betulkan semuanya"
Aku tunggu dan terus menuggu mengharap dia kembali
Sudah kering tekak melaungkan namanya.
Air mata kekecewaan akhirnya terurai
Dia pergi tinggalkan aku terlalu awal
Aku belum cukup kuat untuk tempuhi semuanya sendiri
Namun kerana kata kata terakhirnya "tolong jangan putus asa"
Maka aku bangkit untuk terus tempuh semuanya sendiri

Aku terus berjalan meninggalkan kenangan dibelakang, membawa semangatnya bersama
Dengan berbekalkan 3 butir peluru menjadi kekuatanku kini.
Menempuh cabaran dan ujian sendiri
Tiada peneman disisi, tiada yang boleh melindungi
Tidak putus doaku agar dia aman disana dan moga dipermudahkan semuanya
Alhamdulillah aku temui jalan keluar hari ini walau sesat beribu batu
Jujurnya tidak akan diri ini penat untuk menyintainya kerana aku yakin satu hari nanti dia bakal kembali.
Amin ya rabbal alamin.

MISSION COMPLETE
030412-281212