Friday, December 28, 2012

Kembara Berhenti Disini

Berbekalkan M16 dengan 1000 butir peluru aku masih disini
Walau hanya 3 butir yang tinggal, aku gagahkan diri untuk teruskan sisa sisa yang tinggal
Kembara yang pada mulanya takut untuk aku lalui , nah.. inilah hasilnya.

Bangkit dari koma, minda ligat menyusun semula data
membantuku untuk sama sama perbaiki keadaan.
Masihku ingat misi bermula pada April lalu
Kembara yang penuh ranjau tentu sekali banyak cabaran
Pada mulanya aku benar benar takut dan tidak yakin pada diri sendiri
Ahh.. sampai bila untuk bergantung harap ?

Permainan kali ini disusun teliti, caranya mudah.
Dilepaskan ditengah hutan tebal, usaha sendiri untuk terus hidup dan cari jalan keluar
Untungnya permainan ini ditemani komander gagah setiap seorang
Untuk melindungi kami lebih dari kuasa mampu diri
Bertuah badan ditemani komender sehebatnya
Walau saiz bukan terlalu besar, riak mukanya membuktikan kesungguhannya
Tidak banyak bercakap, berkali pintaku serius
Janggal pada permulaanya antara yang manis tersemat dalam jiwa.

Kembara menjadi lebih menarik apabila setiap yang datang kami tempuh bersama
Walau dimarahi sepanjang perjalanan, aku masih mahu mengekorinya
Kerana hanya dia tempatku bergantung.
Aku sedar ada betulnya kata dia
Hanya menjalankan tugas untuk melindungiku tetapi kadang seperti tidakku endahkan.
Setiap kesulitan kami hadapi bersama
Hanya dia sahaja heroku, penemanku, penyelamatku
Tempuh siang malam semuanya bersama, hanya berdua.
Hati wanitaku goyah tatkala melihat semangatnya menumbangkan setiap penghuni hutan yang menganggap kami sebagai musuh
Sejak dari mula kembara, satu per satu ditumbangkannya
Tidak beri peluang setiap yang datang disapu bersih
Gagah berani itu yang dapat aku simpulkan.

Tidak lokek untuk berkongsi ilmu hidup, minta aku belajar berdikari
Berjuta keringat, puluhan nasihat yang aku terima ketika bersamanya
Tidak gusar untuk katakan hati sudah tertambat
Bukan dek darah kepahlawanan yang mengalir ditubuhnya tapi dek kejujuran pada dirinya
Setiap kata dan perbuatanya seperti benar belaka
Tuhan maha kaya, rupanya tidakku bertepuk sebelah tangan
Tuhan maha adil, kini kembaraku menjadi indah walau masih kelam mencari jalan keluar
Walau dikelilingi puluhan ribu binatang liar
Dengan adanya dia disisi bagai selamat bagiku.

Sedar tak sedar kembara kami menjangkaui 8 bulan
Jatuh bangun bersama menempuhi saat sukar berdua jadi adegan terbaik
Rasanya perjalanan bakal tamat
Katanya barangkali sudah dekat benar jalan keluar
Aku gembira, benar gembira
Sudah tidak larat rasanya untuk terus mendiami hutan tebal itu
Dengan diri tidak terurus,
Keadaan terumbang ambing, dia masih setia menemaniku disisi
Kami teruskan berjalan dan berjalan tanpa kenal erti putus asa.

Tapi tak semua yang kita rancang menjadi
Tuhan maha bijaksana, dia yang mengatur segalanya
Suatu pagi bangkit sahaja dari tidur
Dia tiada disisi. Aku hairan.
Sekeping nota berbaur "teruskan. sudah hampir benar. bila sudah yakin saya boleh bawa diri, saya akan cari awak. saya akan betulkan semuanya"
Aku tunggu dan terus menuggu mengharap dia kembali
Sudah kering tekak melaungkan namanya.
Air mata kekecewaan akhirnya terurai
Dia pergi tinggalkan aku terlalu awal
Aku belum cukup kuat untuk tempuhi semuanya sendiri
Namun kerana kata kata terakhirnya "tolong jangan putus asa"
Maka aku bangkit untuk terus tempuh semuanya sendiri

Aku terus berjalan meninggalkan kenangan dibelakang, membawa semangatnya bersama
Dengan berbekalkan 3 butir peluru menjadi kekuatanku kini.
Menempuh cabaran dan ujian sendiri
Tiada peneman disisi, tiada yang boleh melindungi
Tidak putus doaku agar dia aman disana dan moga dipermudahkan semuanya
Alhamdulillah aku temui jalan keluar hari ini walau sesat beribu batu
Jujurnya tidak akan diri ini penat untuk menyintainya kerana aku yakin satu hari nanti dia bakal kembali.
Amin ya rabbal alamin.

MISSION COMPLETE
030412-281212