Tuesday, May 1, 2012

Sensitiviti Persahabatan

Bukan mudah untuk memupuk nilai kasih
Tidak juga senang menyemai daun kejujuran
Pada tahap ini tidakkah kau beryukur dengan semua kita kumpulkan itu ?
Mungkin kami hanya permainan bodoh buat diri kau
Percaturan yang sengaja dibuat untuk memperoleh kepuasan sendiri, macam tu kah ?
Kalau benar, tahniah kawan..

Statement kasar berjaya buat kami terkena panahan benci
Bila ditanya, kau mula biadap
Bagi kau tiada apa, bagi kami ? perasaan kami macam mana ?
Jangan pernah wujudkan ruang antara kita  kalau ia sekadar memuaskan hati kau
Kami tak minta semua itu kalau ia hanya membuat hati kau terluka
Tidak mahu ada konflik, tidak mahu wujud perang saudara antara kita
Tidak pernah terfikir melahirkan jurang, hanya mampu minta kau berpaling kebelakang semula

Diri sama-sama meningkat dewasa
Tidak ada apa yang perlu direbut antara kita
Tidak ada apa yang nak berkira sesama kita
Jauh sekali untuk melahirkan perasaan cemburu 
Canda gurau, tawa ria tidak pernah ada had antara kita
Andainya kalau dulu sudi meluahkan segalanya, mungkin isu ini tidak akan pernah berbangkit
Setelah lama menyepi, menghilangkan diri, tidak tahu dari mana datangnya semua ini
Jangan gopoh menunding jari ke arah kami
Lihat dan nilai dulu diri sebelum terfikir untuk mengorak langkah, menyusun strategi

Hanya mahu kau tahu
Kami bukan kasut heels 4inci bawah almari kau
Bila mana ada dinner baru sibuk nak sarungkan di kaki
Kami bukan juga sebotol eye-liner hitam berkilat
Bila mana keluar date baru sibuk nak ukir di kelopak mata
Tetapi kami cuma kanta pembesar kau
Yang selalu ada untuk kau, yang sudi membantu kau melihat dengan lebih jelas yang kau selalu usung walau kemana sahaja
Kami mahu jadi telefon bimbit hijau putih tu
Kerana ia salalu menjadi benda pertama yang kau cari setiap hari selepas bangun dari tidur

Setiap kata merujuk pada hati dalam jasad
Setiap tindakan memerlukan otak bekerja bersama
Andai berani meletakkan otak di bawah tapak kaki, selagi itu kisah ini takkan pernah habis
Jangan berani merosakkan tali tautan yang sudah megah berdiri
Kerana syaitan bakal bersorak kegembiraan untuk itu

IKHLASKAN HATI UNTUK MEWUJUDKAN KESERASIAN ANTARA KITA