Monday, April 9, 2012

Tiada tinggal saki baki yang hendak disorok

Kini tiada apa yang perlu dikaliskan
kini isi hati telah berjaya kumuntahkan
kini setiap kata kata ibarat permata
kini setiap detik adalah anugerah
kini apa diharap hampir menjadi nyata
kini hati tidak lagi berbisik seorang diri
kerana kini hati telah yakin dengan kehendak sendiri

kaki ku angkat perlahan lahan dengan beribu keringat
mohon tidak tersalah langkah, mintak tidak jatuh terjelepak
kaki membawa kemana tunjuknya hati
hati mula berbunga, kaki mulai akur
sudah lama hati tidak merasa kemanisan
sudah lama hati tidak meronta kegembiraan

mulai saat ini segalanya berubah,
komunikasi hati ke hati makin menjadi jadi
dari hari ke hari..
mengenali hati budi
meluahkan bicara hati
mengumpul pelbagai janji
mencari keserasian diri
menyatu kepercayaan jiwa
menggotakan kejujuran cinta,
yang bersulamkan ketulusan untuk menzahirkan keikhlasan

perasaan itu MAGIC