Wednesday, April 4, 2012

Quiet Thursday

ASSALAMUALAIKUM

Nikmatnya bangun pagi apabila diberi peluang hirup udara segar secara tak langsung mengamati betapa indah ciptaan-NYA merupakan anugerah yang tidak ternilai bagiku. Alhamdulillah Ya Allah, kau masih memberiku kesempatan untuk aku bernafas lagi pada hari ini. Khamis membuktikan betapa cepatnye masa berlalu dan sedar tak sedar almost two weeks aku di rumah. Tiada rekod kejayaan yang nak diceritakan sepanjang aku di rumah, selain menekan pedal minyak 140km/j setiap pagi. Tiada apa yang nak dibanggakan kalau setakat terhegeh hegeh berlari dalam hujan untuk selamatkan baju jemuran. Tiada apa yang nak di sorokkan bila nasi dalam periuk terlebih sukatan air. Tiada apa yang nak diceritakan kalau setakat hanya menghadap laptop pagi petang siang malam. Tiada apa yang mampu memuaskan hati ini kalau semua kerja dah settle, dan tiada apa yang penting... selain result yang bakal keluar 27 April ni.  Terlalu cepat and seriously im not prepared. Tak mahu berfikiran negatif, malas nak cakap banyak, Sekadar mampu menanti dengan penuh debaran.

# mengharapkan kemenangan dalam kesudahan