Wednesday, May 23, 2012

Bukan PASRAH, tidak sama sekali MENYERAH

Kalender Mei ku amati teliti
Jelas menunjukkan dua hari tanpa perkhabaran
Bekalan komunikasi yang terputus membuatkan diri mati kutu
Kali ini aku bersumpah, ego telah ku semadikan awal-awal
Ku ulang baca perbincangan pada belah siang
Agak serious pertuturan kali ini
Tidak puas hati apa yang dicari tidak ditemui, sekali lagi menajamkan mata agar lebih teliti
Membelek phone berjam-jam
Mencari kesalahan yang mungkin membuatnya terasa hati
Benar tiada apa yang terjadi antara mereka
Whatsapp terakhir seperti menyembunyikan sesuatu
Tetapi mungkin lebih gemar memendam sendiri

Aku makin binggung
Putus kata
Minda ligat cari jalan keluar
Mahu duduk di zon selamat seperti biasa
Malangnya misi tidak berjaya
Kerana minda sombong untuk bekerjasama

Tindak tanduknya tidak dapat ku baca
Rasa kabur benar kali ini
Harapan memiliki kanta ajaib sendiri
Agar mudah untukku scan satu per satu dalam hatinya,
Agar mampuku terjemah setiap lontaran ayatnya,
Dan sebagai pembantu lidah agar petah menyusun ayat menjawab setiap persoalan dalam benak mindanya

Bukan jari enggan menekan keypad, bukan mulut berat berbicara
Cuma kali ini elok rasanya mendiamkan diri
Tidak mahu ada persengketaan
Tidak mahu rasa cinta terkubur begitu saja
Cuma setia menanti di sini
Dengan penuh kesabaran
Mengharap penjelasan yg benar-benar ikhlas
Jangan gusar kerana belum pernah terdetik untuk berkasar