Saturday, November 12, 2011

permulaan untuk mengapai titik kejayaan

Hari ni AHAD. esok ISNIN. lusa SELASA. tulat RABU ??!!  uii.. tinggal 3 hari lagi je lagi sebelum aku pergi tempat baru. omgee..!

MINGGU ORIENTASI ?
ICE BREAKING ?
BERATUR AMIK MAKANAN ?
MALAM KEBUDAYAAN ?
BAJU SERAGAM ?
TIDUR LAMBAT ?
BANGUN AWAL PAGI ?
ISU MATA TERKANGKANG ?
ROOMATE BARU ?
SUASANA BARU ?
KAWAN BARU ?
KELAS BARU ?
LECT BARU ?
SUBJECT BARU ?

Baru aku sedar, inilah cita cita ku yang aku idamkan sejak dari bangku sekolah dulu. I keep saying about this. Sampai 1 peringkat dimana aku frust gila babi when aku tak diterima masuk ke ipta ni time1st intake dulu. Orang lain duk sibuk post dalam fb "matrik or uitm? confuse..." Aku rasa diri ni macam bangang gila. Aku rasa penat struggle untuk SPM, tapi kesudahannya aku menganga tengok orang lain gembira. Tapi aku tak kira, bila dapat tau dia bukak untuk rayuan, aku pon apply lagi. Aku berdoa siang malam. tup tup keluar keputusan, sekali lagi aku menagis depan laptop. Ye..dunia memang kadang kadang tak adil. Start dari tu, aku putus asa. Aku mula fikir yang aku memang bodoh, so tak payah sibuk sibuk nak apply. memang tak dapat la jebb ! sampai satu part aku rasa aku kena cari mana mana ipt lain. Tiba hari pendaftaran di kolej, sekali lagi laman ipta tu dibuka untuk 2nd intake. tuuiiih ! kau fikir aku nak apply ? memang tak la. tapi mak ayah aku pulak lebih lebih. macam diorang pulak yang nak sambung belajar. Diorang yang sibuk beli number pin while akak aku tolong applykan. Kali ni aku malas nak amik taw, aku malas nak memasang harapan, aku dah penat rasa menyesal dan aku tak nak menangis lagi. Tapi kadang kadang kita tak perasan Tuhan sedang uji kita. Cuma aku je tak reti bersabar. Gelojoh, tamak, tak dapat sikit protes. Macam gampang gila perangai aku ! Benar kata orang, rezeki ada dimana mana cuma bezanye cepat atau lambat je. Ye, memang DIA sengaja bagi lambat. DIA nak aku pergi cari pengalaman di tempat lain dulu. Belajar berdikari. dan, Alhamdulillah.. memang aku akui rezeki aku untuk ke ipta ni lambat, tapi DIA bagai memahami isi hati aku. Aku inginkan UiTM, Tuhan bagi aku UiTM. Dulu aku selalu cakap dengan mak aku nak belajar, dekat dekat, sebab senang nanti aku nak balik, Tuhan beri aku kampus Alor Gajah, Melaka (kampung aku). Aku inginkan kos Banking sebab aku seronok tengok akak aku belajar kos tu, Tuhan beri aku kos itu sebab dia tau aku sangat mengharapkanya. Kini baru aku rasa bersyukur. Sesungguhnya Tuhan maha mengetahui dan setiap yang berlaku terselindung hikmah disebaliknya. :D

#Sesungguhnya aku mengharapkan yang terbaik kali ini. insyaALLAH :)

*maaf entry kali ini lil bit merapu. ni apa yang terlintas dalam fikiran. 'spontan' dan merepek ! XP